FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara.
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani , emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berahlak mulia.
ETIKA KERJA JPN
MELAYAN SEGALA, PENUH MESRA
MENYELESAI SEGERA, BUDI BICARA
MENEPATI MASA, KUALITI TERPELIHARA
IKRAM BERSAUDARA, SEBULAT SUARA
IKHLAS BEKERJA, AMANAH DIJAGA
IMEJ KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA
No comments:
Post a Comment